Warkah cinta dari sang murabbi…
Teringat
aku pada kata-kata seorang murabbi (abu umar)..ketika itu aku masih di
tingkatan 4,kem rehlah tarbawiyyah yg diadakn di wang mu,perlis…
Dgn mata
yg bergenang..suaranya seakan-akan serak..seperti mahu menangis..ayat demi
ayat..disampaikan padaku dan sahabat2 yg
lain..dalam sedar antara tidak sedar,aku ingat bicaranya yg sampai kini masih
terngiang-ngiang…hari ini aku lihat kembali keratan warkah itu..mulanya dgn
memuji Allah…BISMILLAH..pembuka bicara…
Wahai putera-puteriku,
Imbaulah
masa2 yg telah berlalu pasti akan kau temui satu zaman yg didokong oleh pahlawan
islam,pimpinan-pimpinan islam dan org2 yg solleh…
Namun,setelah
beberapa generasi berlalu,umat islam diselubungi kelekaan.Akibatnya umat islam
itu ditakluki dan ditindas oleh perancangan-perancangan yahudi dan kerajaan2
kafir..
Kekayaan mereka dirampas
Iman menjadi lemah
neraca kehidupan bertukar
dan
hukum al-Quran dihindari
Mereka juga
mendidik keturunan org2 islam dgn ideology yg bertentangan dgn islam dgn
berbagai nama dan pakaian yg mempesonakan..begiyulah pewaris2 firaun telah
memperdayakan umat kita:
“mereka saling merancang dan merangka konspirasi untuk
membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yg
tenggelam di dalam lumpur noda dan kejahatan.Masyarakat akan sentiasa
disibukkan dgn kepayahan mencari sesuap makanan.Akibatnya mereka menjadi penat
dan letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk
mahupun kembali kpd DEEN Allah swt.”
(fi zilaalul Quran)
Demikianlah
seni dan telitinya tipu daya yg telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin yg sesat
lg menyesatkan..
Seni yg merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
Ia menukar helang rajawali menjadi burung denak
Mereka memperdayakan angkatan berkuda dgn nyanyian yg merdu
Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
Mereka tidurkan kita dgn irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dgn tiupan nafasnya….
Sedarlah
wahai putera-puteriku,
Zaman kegemilangan
islam telah berlalu,umat islam kini beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari.
“secara fitrahnya,manusia sebenarnya bencikan kehinaan dan
kezaliman..tetapi dgn berbagai-bagai situasi yg mengelilingi mereka,ditambah
dgn peristiwa yg datang menyulubungi mereka dari semasa ke semasa,tanpa
disedari mereka menerima penghinaan dan tunduk kepada keadaan.Secara
beransur-ansur mereka merasa tenang dan terbiasa di dalam kehinaan ibarat singa
yg telah dijinakkan..
Lihatlah
wahai putera-puteriku…
Untuk melengkapkan
konspirasi ‘penghinaan’ itu,toghut yg zalim telah menindas pendakwah islam
supaya system pendidikan,media massa dan wartawan dikuasai oleh
ilmuan,sasterawan dan cendiakawan buatan.Mereka sadurkan rancangan mereka
melalui berbagai-bagai pertubuhan yg pada zahirnya berbeza-beza…Mereka hiaskan
dgn solekan yg memperdayakan generasi baru,pejuang2 muda dan ank2 singa supaya
mereka berlembut dan tunduk kpd syahwat,mengikut hawa nafsu,karam dalam gejala
seks dan kemewahan hidup…
Seterusnya
mereka padamkan warisan umat islam zaman gemilang yg bertamadun tinggi..
Mereka hapuskan
kisah2 para ulama’ krn bimbang ai akan menjadi lampu yg terang benderang untuk
generasi baru muslim dan menunjukkan jalan kerja kpd mereka…
Zaman
satu bangsa yg hina tidak prnah sunyi dari
ilmuan,sasterawan dan ahli yg ‘arif bijaksana .. mereka
dipecahbelahkan dgn berbagai ideologi tetapi semua ideology itu
tertumpu kpd satu rencana :
“mereka ajar
anak singa menjadi kijang yg pengecut..dan
mereka hapuskan kisah2 singa pada bicara zaman silam..cita2
mereka,mengembirakan hamba dgn perhambaan..seluruh pengajaran mereka hanyalah
penipuan cendiakawan..
Inilah generasi
baru kita wahai putera-puteriku
Mereka itu adalah ank2 singa yg bertukar
menjadi kijang yg pengecut..sebenarnya mereka itu adalah putera-puteri muslim
yg merdeka..mereka diperhambakan,lalu mereka bergembira….
Aku lipat
keratan warkah yg suduh lusuh dimamah hari…kata2nya yg dulu kini kembali
menusuk di hati..aku bersyukur,dilahirkan dalam suasana yg penuh dgn pengertian
islam dan iman..perkataan tarbiyah imaniyah harakiyah bukan lg ganjil buat
diriku..seingat aku..ketika ak mula2 menjejakkan kaki di sebuah sekolah
berswasta..yg mna merupakan lubuk mutiara bagiku..aku sudah memasang angan2
untuk jadi seorang yg mujahidah solehah yg kelaknya aku dapat membantu
islam..melahirkan kembali generasi al-Quran…aku lengkapkan diriku dgn bahan2
tarbiyah..supaya nanti bila aku terjun dalam medan dakwah ia dapat membantu aku…tapi
kini,semahu-mahunya aku menangis meratapi…
aku leka dgn segala-galanya..sehingga aku sendirian penat mencari tujuan
hidup sebenar..seolah-olah Allah yg ku kenal
tidak lg ku ambil sebagai illah yg sebenar.. setiap kali aku dilanda
masalah,bkn DIA yg aku cari tapi ku putarkan lagu2 yg kuminati…tiada lagi erti
sabar dalam diri..sedangkan..
Cabaran hidup umpama dapur pembakar yg mematangkan aqal dan fikiran manusia.Tanpa
cabaran kita akan meningkat dewasa walaupun umur kita bertambah…
“Ya Allah! Ak menyedari kesilapan ku pada masa
lalu,zalimnya aku pada diri sendiri..aku tunjukkan syakhsiah yg keji untuk
diikut oleh yg lain,aku sebarkan perangsangka jaht pada manusia..aku laga2kan
mereka dgn kata yg busuk..ak memandang rendah pada mereka yg belom pernah dapt
tarbiyah..sedangkan mereka tidak tahu..jika bkn pada ENGKAU aku meminta pada
siapa lagi ya Allah.. berilah keampunan –MU untuk diriku YA Allah!”..aamiin..
~in
memory 2006..princess green~^^