Thursday, 26 April 2012


Kemaafan dendam yg terindah
Semoga kasih Allah sentiasa bersama kita semua..
Today,..mood x bape nk elok..rase janggal pun ade..ntah nape..cakap jer sal kemaafan,hati nie rse x sedap..i’m going to cry..huk!..huk!..huk!...b4 dis,xde r cm nie sgt..cm senang jer nk maaf kn orng..then  sgt kacang nk mulakn balik hbgn..tapiiii… yg nie agk payah skit..ntah mne big parasit la yg dok hasut nie..auzubillahiminashsyaitanirrajim..puhh!..puhh!..berambus kau setan..Hmm..wt I must do now??...susah sgt kew nk maafkn kesalahan org…(then ak bisik kt hati) kesalahan ko pada org,ko x ingt???..haaa amek kau…dushhhh!...berkorban la skit..Allah syg kau tu!..
hari nie jugak saya berazam nk maafkn sume kesalahan org terhadap saye..dan saye berharap juge pada sape2 yg telah terguris  either my word or tngkh laku,saye benar2 mintk maaf…ya!we r not perfect!  Rite?...pada Allah saya mohon ampun..moge2 kite sume brade lam golongn org2 yg mndapt keampun-NYA…
selalu jer dengarkn, “manusia x pernah lari dari buat kesilapan”..n kita sentiasa akui bahawa setiap org ngaku ketidaksempurnaan dirinya. Sentences tu pun ajar kita bahawa “manusia belajar melalui kesilapan”,even,yang buat silap tu org lain.kdg2, kita rasa sakit hati sbb perbuatan seseorang.mungkin sakit hati kite x dirasai oleh org yg menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.
Tapi, kita x sedar yg dia mungkin pernah ajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita.nape nk terlalu keras hati smpai terlalu mahal harga kemaafan kita?
Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.
sbb mungkin kita nie terlalu sayangkan hati sniri?selfish!!!..Kuat merajuk!..hahaha…jawapnnya ada pada diri sniri.. nape seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?x begitu??hehe..betul x hati nie(hati saye)..
Kita sebenarnya dah bayar harga yang lebih mahal dsbbkn pangai kite yg x senonoh tu, ye la!.. dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.Tahukah kita bahawa Rasulullah(saw) telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yg sangat pemaaf? baginda dibenci, dia dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, dia memaafkan.Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?
Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.tapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja…Allahhuakbar!..”ya Allah,lembutkan hati ku dan lembutknlh hati mereka yg berada disekelilingku”…Kembalilah bersaudara.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat” [Al-Hujurat : 10]

No comments:

Post a Comment