Thursday, 26 July 2012

~~ PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS ~~



“ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, keluargaku, sahabatku, serta muslimin dan muslimat sama ada yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia. Tunjuk dan kekalkanlah kami pada jalan yg lurus. Jln yg mmbawa kami menuju ke syurga-Mu, dan lindungilah kami drp azab api neraka-Mu. Ya Allah, Kau kukuhkanlah benteng2 keimananku agar aku tetap teguh menghadapi saki baki hidup di dunia yg fana ini. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayang-Mu kepadaku. Jgnlah andainya Kau tinggalkan aku terkontang-kanting kelemasan di lautan dunia ini tanpa rahmat dan kasih sayang-Mu. Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kpdku. Berikanlah apa yg Kau rasa terbaik untuk aku, dan berikanlah sebaik-baik kesudahan kepadaku. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yg tahu apa yg terbaik untuk hamba-Mu ini. Kurniakanlah sahabat yg soleh kpdku. Yg boleh bersama-samaku saat susah dan senang, saat jatuh dan bangunku dan yg paling penting yg boleh membawaku dekat pada-Mu. Perkenankanlah doaku ini ya Allah… Ameen.. “

Panjang munajatnya di tikar sembahyang pagi itu. Arissa mahukan yg terbaik untuk dirinya. Dan Arissa yakin mesti Allah akan dengar doa yg dipohonnya.

yela sbb ramai yg ckp Allah suka orang yg bangun tahajjud nieh. Dan aku betul2 ikhlas nieh.” Fikir Arissa.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Usai membaca Quran, jam menunjukkan pukul 5 pagi.  Arissa kembali ke bilik untuk mengambil buku. Dia mahu mengulangkaji pelajaran. Setibanya di bilik, dilihatnya rakan-rakan yang lain masih lagi enak di buai mimpi. Sedikit sebanyak menimbulkan perasaan bangga dlm diri kerana dia berjaya bgn tahajud mlm itu. Arissa tersenyum bangga. Berbanding dengan rakan-rakannya yg lain, dia merasakan dirinya begitu solehah dan mulia sekali.
sedang Arissa sibuk membelek tugasan yg baru diberi oleh pensyarahnya di library, si rumate yg kebetulan sekelas dengannya datang menyapa. Dia datang bersama rakan sekelas mereka yg lain.

Si rumet   :  Assalamualaikum ustazah… hehe. ( si rumate memulakan bicara sementara rakan2 yg lain
                     hanya menghulurkan senyuman.)

Arissa   :  waalaikumsalam… ceit!. Mimpi ape ko panggil aku ustazah nieh?

Si rumet   :  xdela… semlm mse ak tersedar ak nmpk ko xde kt katil. Ko bgn tahajud ye? Huhu. Rajinnya   
                    ko..

Kembang kuncup Arissa apabila mendapat pujian sebegitu daripada rumetnya di hadapan rakan2 yg lain. Xsangke rumetnya prasan apa yg dilakukanny semlm.

Arissa   :  hehe. Thanx. Alaa… kebetulan jek aku terbangun semlm.. drp ak sambung tidur lebih baik aku
                pegi tahajud kejap kn.. besar pahalanya.. korang x tahu kew?

Lewat perbualan mereka,

Arissa   : aku ingat aku nk bangun tahajud lagi la mlm nieh.(dgn muka bangga)
Si rumet dan rakan2   : …………………………………………….


………………………………………………………………………………………………………………………………

Orang yang ikhlas itu bebas
Kerana dia hanya ada
Satu TUHAN untuk disembah.


Betapa sekali sekala melakukan kebaikan terasa diri ini hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, begitulah bisik ego pada diri. Padahal nilai amal yg sebegitu tidak da harganya walau sedebu. Apatah lagi Allah yg pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan akhirnya manusia pun akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’mu.

Umumnya, yang merosakkan ikhlas itu ada 3. Riak, sum’ah dan yg paling teruk ialah ujub.


RIAK
Sifat buruk ni biasanya berlaku SEBELUM kita buat sesuatu amal tu. Sbg contoh, kita bagitau ngan kawan kita "malam ni aku nak pi qiyam kat masjid'. Kita dah announce siap2 dah... tapi riak nie masih boleh dibendung, jika kita ada kawan-kawan yang sentiasa nasihat & tegur kita. Yelah, dalam kalangan sahabat-sahabat kita mesti ada yang menegurkan...

SUM’AH
Sifat buruk ni plak selalunya berlaku SELEPAS kita buat amal tu. Contohnya kita pegi qiyam kat masjid, kita xde bagitau sesapa pun. Simpan untuk diri sendiri nie.. Tetiba, esoknya jumpa plak kawan kita, then dia cakap "eh, semalam aku nampak ko kat masjid la.. rajin la ko bla bla". Masa nie kita dah kembang kuncup dah, maklumlah orang puji. Memang sifat manusia ni suka dipuji, jadi berjaga-jagalah sebab susah skit nak kontrol sifat yang satu ni. So, bila orang puji, kita kena ucap alhamdulillah...

UJUB
Sifat buruk yang ni memang susah nak kontrol / buang. Sebab hat yang 1 ni dia dok diam2 dalam diri kita. Orang xtau pun, tapi kita sendiri rasa bangga ngan amal soleh kita. Dok rasa diri hebat dah bila buat amal sikit. Kita rasa kita lah yang paling hebat. Ini memang susah sebab orang luar xtau apa dalam hati kita. Jadi, rajin-rajin istighfar sebab kita takut sifat buruk ni 'membakar' amalan-amalan kita seperti api membakar sekam!



*** Seperti lalat bila hinggap kat tangan or kt muka kite, cepat2 tepis. Kalau kita biar, makin lama dia bertenggek kat kita then makin banyak la geng dia mai hinggap kat kita. Sama juga dengan sifat2 mazmumah nie, bila terasa salah satu ni timbul/muncul cepat2 tepis - istighfar terus, buang cepat2 jangan sampai bersarang dalam jiwa.

…………………………………………………………………………………………………………

Hakikatnya.. Ikhlas itu sukar untuk dinilai. kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.

saat ikhlas mekar dalam hati,

apabila dipuji atau dikeji, kita rasa sama sahaja.
Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan. Itulah antara tanda ikhlas.
Amalan dan kebajikan yg dilakukan  tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas. 
Mereka itu tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah.

firman Allah :


"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162)



Ya allah, pilihlah aku untuk ikhlas. aku tahu.. Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini. Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sumah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja. Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai? Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu. Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Oh tidak…. Rsenyr apa yg saye nk sampaikan kali nieh da berbelit-belit. Kalau ada salah dan silap mohon teguran. Huhu. ^_^

Wallahualam…






Tuesday, 24 July 2012


~jaDikaN kaWaN perEmpuaN kiTa aDaLaH yaNg paLinG bEst~




sibukkan diri untuk berkawan dgn perempuan lebih manis jika dibandingkan dan jika kita terjebak dgn hubungan dgn lelaki secara tidak halal....  
 Sebabnya kawan perempuan kita lebih memahami dan menyayangi diri kita..perempuan lagi ramai dari lelaki..xyah sibuk2 nak berkawan dgn mereka sgt!!

perempuan mampu menghayun buaian dan menggoncang dunia...disebalik kejayaan lelaki ada dibelakangnya seorang perempuan yang menyokong dan membantu :)

kadang2 kita perlu bekerja kuat untuk membahagiakan org lain sekeliling kita disamping mengembirakan diri kita 
sendiri (* _*)..chaiyok2!!
        
    perempuan bukan calang-calang penciptaan..mereka mampu mengharungi seribu satu mcm masalah..serta masih mampu mngukir senyuman kpd dunia :)

setiap masa berdoa kpd Allah agar diberikan hati , jiwa , akal yang mampu melahirkan generasi berkualiti.
Allahuakbar!!!











Monday, 23 July 2012


Pilihlah Sahabat...

                                                 Bismilahirahmanirahim...

 

                                      Pesanan al-Qamah kepada anaknya:

                                                        

                                                           ANAKKU..

                        Jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,

                                        Maka pilihlah yang mempunyai sifat ini,

                               Iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu

                 Jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu

                            dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah,

                                      dia akan mencukupkan keperluanmu.


                                                  PILIHLAH sahabat

                            yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk

                                  memberikan jasa baik atau bantuanmu,

                                   lalu dia memberi dengan rasa terharu

                            jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu,

                  dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna,

          sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya.


                                                  PILIHLAH sahabat,

                     yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi..

                                jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu

                        dan jika ada kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu,

                      dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan....


                     

          p/s :

                terima kasih buat semua yang menjadi sahabatku...

                   belajarlah untuk menerima sahabatmu seadanya...

                   ~Learn to forgive learn to forget from any mistaken happen...~

Moga terus ikhlas dalam bersahabat...

Aku takut jika aku bersahabat kerana kebaikan temanku,
Dan aku juga takut temanku bersahabat denganku kerana kebaikanku,
Kerana andai kebaikan itu hilang dan keburukan itu muncul dari temanku atau dari diriku,
Aku akan meninggalkan temanku atau aku yang ditinggalkan temanku.


Aku benar takut aku bersahabat kerana kekayaan temanku,
Dan aku juga takut temanku bersahabat denganku kerana kekayaanku,
Kerana andai temanku atau aku jatuh miskin dan hilang semua kekayaan itu,
Pasti aku akan pergi meninggalkan sahabatku atau temanku yang pergi meninggalkanku


Aku sangat takut jika aku bersahabat kerana kebahagiaan milik temanku,
Dan aku juga takut temanku bersahabat denganku hanya kerana kebahagiaan 
yang kumiliki,
Kerana andai temanku atau aku dihantui kesedihan dan kesakitan,
Aku akan mula menjauh dari sahabatku atau sahabatku yang menjauhkan dari diriku.


Aku takut jika aku bersahabat kerana rupa paras dan kecantikan sahabatku
Dan aku juga takut sahabatku bersahabat denganku kerana rupa parasku,
Kerana andai kecantikan itu hilang dari temanku atau dariku,Aku akan memandang hina sahabatku atau aku yang dipandang hina oleh sahabatku


Aku begitu takut jika aku bersahabat kerana kekagumanku kepada temanku,
Dan aku juga begitu takut temanku bersahabat denganku kerana kekagumanya padaku,
Kerana andai kecacatan muncul dan kekaguman itu hilang,
Aku akan mula membenci sahabatku atau aku yang dibenci oleh sahabatku.


Aku benar sangat takut jika aku bersahabat kerana ketinggian agama sahabatku,
Dan aku juga sangat takut temanku bersahabat denganku kerana ketinggian agamaku,
Kerana andai temanku atau aku melakukan kemaksiatan atau kejahatan,
Pasti aku akan memandang jelik keteguhan iman sahabatku atau imanku yang
dipandang jelik oleh sahabatku.

Aku terlalu takut jika aku bersahabat dengan temanku kerana kesempurnaanya
Dan aku juga terlalu takut temanku bersahabat denganku kerana kesempurnaanku
Kerana andai temanku atau aku melakukan kesilapan,
Nescaya aku akan memandang rendah temanku atau aku yang dipandang rendah
~ukhwah itu indah~
oleh temanku

Kerana itu, aku selalu berdoa agar persahabatanku terjalin hanya kerana Allah
Agar hati-hati kami ikhlas dan bisa bersatu hanya kerana Allah
Biarpun hilang kebaikan,kecantikan, kekaguman, kesempurnaan,
mahupun kekayaan,dan kebahagiaan dari temanku atau dari diriku
Aku sentiasa disisinya dan sahabatku sentiasa disisiku.




Friday, 20 July 2012

.: MENENTUKAN RAMADHAN DENGAN HILAL DAN HISAB :.



Menentukan awal ramadhan dilakukan dengan salah satu dari dua cara berikut:

1    Melihat hilal ramadhan.
2    Menggenapkan bulan Sya’ban menjadi 30 hari.
   
Melihat Hilal Ramadhan
Dasar dari hal ini adalah firman Allah Ta’ala,

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Karena itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut.” (QS. Al Baqarah: 185)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ لَيْلَةً ، فَلاَ تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ ، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ ثَلاَثِينَ
Apabila bulan telah masuk kedua puluh sembilan malam (dari bulan Sya’ban, pen). Maka janganlah kalian berpuasa hingga melihat hilal. Dan apabila mendung, sempurnakanlah bulan Sya’ban menjadi tiga  puluh hari.”[1]
Menurut mayoritas ulama, jika seorang yang ‘adl (sholih) dan terpercaya melihat hilal Ramadhan, beritanya diterima. Dalilnya adalah hadits Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma,
تَرَاءَى النَّاسُ الْهِلاَلَ فَأَخْبَرْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنِّى رَأَيْتُهُ فَصَامَهُ وَأَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ
Orang-orang berusaha untuk melihat hilal, kemudian aku beritahukan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa aku telah melihatnya. Kemudian beliau berpuasa dan memerintahkan orang-orang agar berpuasa.[2]
Sedangkan untuk hilal syawal mesti dengan dua orang saksi. Inilah pendapat mayoritas ulama berdasarkan hadits,
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ وَانْسُكُوا لَهَا فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا ثَلَاثِينَ فَإِنْ شَهِدَ شَاهِدَانِ فَصُومُوا وَأَفْطِرُوا
Berpuasalah kalian karena melihatnya, berbukalah kalian karena melihatnya dan sembelihlah kurban karena melihatnya pula. Jika -hilal- itu tertutup dari pandangan kalian, sempurnakanlah menjadi tiga puluh hari, jika ada dua orang saksi, berpuasa dan berbukalah kalian.”[3] Dalam hadits ini dipersyaratkan dua orang saksi ketika melihat hilal Ramadhan dan Syawal. Namun untuk hilal Ramadhan cukup dengan satu saksi karena hadits ini dikhususkan dengan hadits Ibnu ‘Umar yang telah lewat.[4]

Menentukan Awal Ramadhan dengan Ru’yah Bukan dengan Hisab
Perlu diketahui bersama bahwasanya mengenal hilal adalah bukan dengan cara hisab. Namun yang lebih tepat dan sesuai dengan petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengenal hilal adalah dengan ru’yah (yaitu melihat bulan langsung dengan mata telanjang). Karena Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menjadi contoh dalam kita beragama telah bersabda,

إِنَّا أُمَّةٌ أُمِّيَّةٌ ، لاَ نَكْتُبُ وَلاَ نَحْسِبُ ,الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا
Sesungguhnya kami adalah umat ummiyah. Kami tidak mengenal kitabah (tulis-menulis)[5] dan tidak pula mengenal hisab[6]. Bulan itu seperti ini (beliau berisyarat dengan bilangan 29) dan seperti ini (beliau berisyarat dengan bilangan 30).”[7]

Ibnu Hajar Asy Syafi’i rahimahullah menerangkan,

“Tidaklah mereka –yang hidup di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengenal hisab kecuali hanya sedikit dan itu tidak teranggap. Karenanya, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengaitkan hukum puasa dan ibadah lainnya dengan ru’yah untuk menghilangkan kesulitan dalam menggunakan ilmu astronomi pada orang-orang di masa itu. Seterusnya hukum puasa pun selalu dikaitkan dengan ru’yah walaupun orang-orang setelah generasi terbaik membuat hal baru (baca: bid’ah) dalam masalah ini. Jika kita melihat konteks yang dibicarakan dalam hadits, akan nampak jelas bahwa hukum sama sekali tidak dikaitkan dengan hisab. Bahkan hal ini semakin terang dengan penjelasan dalam hadits,
فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ ثَلَاثِينَ
“Jika mendung (sehingga kalian tidak bisa melihat hilal), maka sempurnakanlah bilangan  bulan Sya’ban menjadi 30 hari.” Di sini Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengatakan, “Tanyakanlah pada ahli hisab”. Hikmah kenapa mesti menggenapkan 30 hari adalah supaya tidak ada peselisihihan di tengah-tengah mereka.
Sebagian kelompok memang ada yang sering merujuk pada ahli astronom dalam berpatokan pada ilmu hisab yaitu kaum Rofidhoh. Sebagian ahli fiqh pun ada yang satu pendapat dengan mereka. Namun Al Baaji mengatakan, “Cukup kesepakatan (ijma’) ulama  salaf (yang berpedoman dengan ru’yah, bukan hisab, -pen) sebagai sanggahan untuk meruntuhkan pendapat mereka.” Ibnu Bazizah pun mengatakan, “Madzhab (yang berpegang pada hisab, pen) adalah madzhab batil. Sunguh syariat Islam elah melarang seseorang untuk terjun dalam ilmu nujum. Karena ilmu ini hanya sekedar perkiraan (dzon) dan bukanlah ilmu yang pasti (qoth’i) bahkan bukan sangkaan kuat. Seandainya suatu perkara dikaitkan dengan ilmu hisab, sungguh akan mempersempit karena tidak ada yang menguasai ilmu ini  kecuali sedikit”.[8]

Apabila pada Malam Ketigapuluh Sya’ban Tidak Terlihat Hilal
Apabila pada malam ketigapuluh Sya’ban belum juga terlihat hilal karena terhalangi oleh awan atau mendung maka bulan Sya’ban disempurnakan menjadi 30 hari.
Salah seorang ulama Syafi’i, Al Mawardi rahimahullah mengatakan, “Allah Ta’ala memerintahkan kita untuk berpuasa ketika diketahui telah masuk awal bulan. Untuk mengetahuinya adalah dengan salah satu dari dua perkara. Boleh jadi dengan ru’yah hilal untuk menunjukkan masuknya awal Ramadhan. Atau boleh jadi pula dengan menggenapkan bulan Sya’ban menjadi 30 hari. Karena Allah Ta’ala menetapkan bulan tidak pernah lebih dari 30 hari dan tidak pernah kurang dari 29 hari. Jika terjadi keragu-raguan pada hari keduapuluh sembilan, maka berpeganglah dengan yang yakin yaitu hari ketigapuluh dan buang jauh-jauh keraguan yang ada.”[9]

Puasa dan Hari Raya Bersama Pemimpin dan Mayoritas Manusia
Jika salah seorang atau satu organisasi melihat hilal Ramadhan atau Syawal, lalu persaksiannya ditolak oleh penguasa apakah yang melihat tersebut mesti puasa atau mesti berbuka? Dalam masalah ini ada perselisihan pendapat di antara para ulama.
Salah satu pendapat menyatakan bahwa ia mesti puasa jika ia melihat hilal Ramadhan dan ia mesti berbuka jika ia melihat hilal Syawal. Namun keduanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi[10] agar tidak menyelisi mayoritas masyarakat di negeri tersebut. Inilah pendapat yang dipilih oleh Imam Asy Syafi’i, salah satu pendapat dari Imam Ahmad dan pendapat Ibnu Hazm. Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala,
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Karena itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut.” (QS. Al Baqarah: 185)

Pendapat lainnya menyatakan bahwa hendaklah orang yang melihat hilal sendiri hendaklah berpuasa berdasarkan hilal yang ia lihat. Namun hendaklah ia berhari raya bersama masyarakat yang ada di negerinya. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan pendapat yang masyhur dari Imam Ahmad.
Sedangkan pendapat yang terakhir menyatakan bahwa orang tersebut tidak boleh mengamalkan hasil ru’yah, ia harus berpuasa dan berhari raya bersama masyarakat yang ada di negerinya.Dalil dari pendapat terakhir ini adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَالأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ
Puasa kalian ditetapkan tatkala mayoritas kalian berpuasa, idul fithri ditetapkan tatkala mayoritas kalian beridul fithri, dan idul adha ditetapkan tatkala mayoritas kalian beridul adha.”[11] Ketika menyebutkan hadits tersebut, Abu Isa At Tirmidzi rahimahullah menyatakan, ”Sebagian ulama menafsirkan hadits ini dengan mengatakan, “Puasa dan hari raya hendaknya dilakukan bersama jama’ah (yaitu pemerintah kaum muslimin) dan mayoritas manusia (masyarakat)”. ”
Pendapat terakhir ini menjadi pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan juga merupakan salah satu pendapat dari Imam Ahmad.[12] Pendapat inilah pendapat yang kami nilai lebih kuat. Penjelasannya sebagai berikut.
Perlu diketahui bahwa hilal bukanlah sekedar fenomena alam yang terlihat di langit. Namun hilal adalah sesuatu yang telah masyhur di tengah-tengah manusia, artinya semua orang mengetahuinya.
Ibnu Taimiyah rahimahullah menjelaskan, “Hilal asalnya bermakna kata zuhur (artinya: nampak) dan rof’ush shout (meninggikan suara). [Artinya yang namanya hilal adalah sesuatu yang tersebar dan diketahui oleh orang banyak, -pen]. Jika hilal hanyalah nampak di  langit saja dan tidak nampak di muka bumi (artinya, diketahui orang banyak, -pen), maka semacam itu tidak dikenai hukum sama sekali baik secara lahir maupun batin. Akar kata dari hilal sendiri adalah dari perbuatan manusia. Tidak disebut hilal kecuali jika ditampakkan. Sehingga jika hanya satu atau dua orang saja yang mengetahuinya lantas mereka tidak mengabarkan pada yang lainnya, maka tidak disebut hilal. Karenanya, tidak ada hukum ketika itu sampai orang yang melihat hilal tersebut memberitahukan pada orang banyak. Berita keduanya yang menyebar luas yang nantinya disebut hilal karena hilal berarti mengeraskan suara dengan menyebarkan berita kepada orang banyak.”[13]
Beliau rahimahullah mengatakan pula, “Allah menjadikan hilal sebagai waktu bagi manusia dan sebagai tanda waktu berhaji. Ini tentu saja jika hilal tersebut benar-benar nampak bagi kebanyakan manusia dan masuknya bulan begitu jelas. Jika tidak demikian, maka bukanlah disebut hilal dan syahr (masuknya awal bulan). Dasar dari permasalahan ini, bahwa Allah subhanahu wa ta’ala mengaitkan hukum syar’i -semacam puasa, Idul Fithri dan Idul Adha- dengan istilah hilal dan syahr (masuknya awal bulan). Allah Ta’ala berfirman,

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ
Mereka bertanya kepadamu tentang hilal (bulan sabit). Katakanlah: “Hilal (bulan sabit) itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji” (QS. Al Baqarah: 189)[14]
Ibnu Taimiyah kembali menjelaskan, “Syarat dikatakan hilal dan syahr (masuknya awal bulan) apabila benar-benar diketahui oleh kebanyakan orang dan nampak bagi mereka. Misalnya saja ada 10 orang yang melihat hilal namun persaksiannya tertolak. Lalu hilal ini tidak nampak bagi kebanyakan orang di negeri tersebut karena mereka tidak memperhatikannya, maka 10 orang tadi sama dengan kaum muslimin lainnya. Sebagaimana 10 orang tadi tidak melakukan wukuf, tidak melakukan penyembelihan (Idul Adha), dan tidak shalat ‘ied kecuali bersama kaum muslimin lainnya, maka begitu pula dengan puasa, mereka pun seharusnya bersama kaum muslimin lainnya. Karenanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَوْمُكُمْ يَوْمَ تَصُومُونَ وَفِطْرُكُمْ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَأَضْحَاكُمْ يَوْمَ تُضَحُّونَ
Puasa kalian ditetapkan tatkala mayoritas kalian berpuasa, idul fithri ditetapkan tatkala mayoritas kalian beridul fithri, dan idul adha ditetapkan tatkala mayoritas kalian beridul adha
Imam Ahmad –dalam salah satu pendapatnya- berkata,
يَصُومُ مَعَ الْإِمَامِ وَجَمَاعَةِ الْمُسْلِمِينَ فِي الصَّحْوِ وَالْغَيْمِ
“Berpuasalah bersama pemimpin kalian dan bersama kaum muslimin lainnya (di negeri kalian) baik ketika melihat hilal dalam keadaan cuaca cerah atau mendung.”
Imam Ahmad juga mengatakan,
يَدُ اللَّهِ عَلَى الْجَمَاعَةِ
“Allah akan senantiasa bersama para jama’ah kaum muslimin”.[15]



Jika Satu Negeri Melihat Hilal, Apakah Berlaku Bagi Negeri Lainnya?

Misalnya ketika di Saudi sudah melihat hilal, apakah mesti di Indonesia juga berlaku hilal yang sama? Ataukah masing-masing negeri berlaku hilal sendiri-sendiri?
Berikut kami nukilkan keterangan dari para ulama yang duduk di Al Lajnah Ad Daimah lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’ (Komisi Tetap Riset Ilmiah dan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Pertanyaan: “Bagaimana menurut Islam mengenai perbedaan kaum muslimin dalam berhari raya Idul Fithri dan Idul Adha? Mengingat jika salah dalam menentukan hal ini, kita akan berpuasa pada hari yang terlarang (yaitu hari ‘ied) atau akan berhari raya pada hari yang sebenarnya wajib untuk berpuasa. Kami mengharapkan jawaban yang memuaskan mengenai masalah yang krusial ini sehingga bisa jadi hujah (argumen) bagi kami di hadapan Allah. Apabila dalam penentuan hari raya atau puasa ini terdapat perselisihan, ini bisa terjadi ada perbedaan dua sampai tiga hari. Jika agama Islam ini ingin menyelesaikan perselisihan ini, apa jalan keluar yang tepat untuk menyatukan hari raya kaum muslimin?
Jawab: Para ulama telah sepakat bahwa terbitnya hilal di setiap tempat itu bisa berbeda-beda dan hal ini terbukti secara inderawi dan logika. Akan tetapi, para ulama berselisih pendapat mengenai teranggapnya atau tidak hilal di tempat lain dalam menentukan awal dan akhir Ramadhan. Dalam masalah ini ada dua pendapat. Pendapat pertama adalah yang menyatakan teranggapnya hilal di tempat lain dalam penentuan awal dan akhir Ramadhan walaupun berbeda matholi’ (wilayah terbitnya hilal). Pendapat kedua adalah yang menyatakan tidak teranggapnya hilal di tempat lain. Masing-masing dari dua kubu ini memiliki dalil dari Al Kitab, As Sunnah dan qiyas. Terkadang dalil yang digunakan oleh kedua kubu adalah dalil yang sama. Sebagaimana mereka sama-sama berdalil dengan firman Allah,

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Karena itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan bulan (di negeri tempat tinggalnya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut.” (QS. Al Baqarah: 185)
Begitu juga firman Allah,
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ
Mereka bertanya kepadamu tentang hilal (bulan sabit). Katakanlah: “Hilal (bulan sabit) itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji.” (QS. Al Baqarah: 189)
Mereka juga sama-sama berdalil dengan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ ، وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ
Berpuasalah karena melihat hilal, begitu pula berhari rayalah karena melihatnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Perbedaan pendapat menjadi dua kubu semacam ini sebenarnya terjadi karena adanya perbedaan dalam memahami dalil. Kesimpulannya bahwa dalam masalah ini masih ada ruang untuk berijtihad. Oleh karena itu, para pakar fikih terus berselisih pendapat dalam masalah ini dari dahulu hingga saat ini.
Tidak mengapa jika penduduk suatu negeri yang tidak melihat hilal pada malam ke-30, mereka mengambil ru’yah negeri yang berbeda matholi’ (beda wilayah terbitnya hilal). Namun, jika di negeri tersebut terjadi perselisihan pendapat, maka hendaklah dikembalikan pada keputusan penguasa muslim di negeri tersebut. Jika penguasa tersebut memilih suatu pendapat, hilanglah perselisihan yang ada dan setiap muslim di negeri tersebut wajib mengikuti pendapatnya. Namun, jika penguasa di negeri tersebut bukanlah muslim, hendaklah dia mengambil pendapat majelis ulama di negeri tersebut. Hal ini semua dilakukan dalam rangka menyatukan kaum muslimin dalam berpuasa Ramadhan dan melaksanakan shalat ‘ied.
Hanya Allah yang memberi taufik. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.[16]
Semoga sajian kali ini bermanfaat.

[1] HR. Bukhari no. 1907 dan Muslim no. 1080, dari ‘Abdullah bin ‘Umar.
[2] HR. Abu Daud no. 2342. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
[3] HR. An Nasai no. 2116. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih
[4] Lihat Shahih Fiqh Sunnah, 2/ 92.
[5] Maksudnya, dulu kitabah (tulis-menulis) amatlah jarang ditemukan. (Lihat Fathul Bari, 4/127)
[6] Yang dimaksud hisab di sini adalah hisab dalam ilmu nujum (perbintangan) dan ilmu tas-yir (astronomi). (Lihat Fathul Bari, 4/127)
[7] HR. Bukhari no. 1913 dan Muslim no. 1080, dari ‘Abdullah bin ‘Umar.
[8] Fathul Bari, 4/127.
[9] Al Hawi Al Kabir, 3/877.
[10] Bukan terang-terangan sebagaimana yang dilakukan oleh sebagian orang atau sebagian organisasi Islam di negeri ini ketika mereka telah menyaksikan adanya hilal namun berbeda dengan pemerintah.
[11] HR. Tirmidzi no. 697. Beliau mengatakan hadits ini hasan ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
[12] Lihat Shahih Fiqh Sunnah, 2/ 92 dan Majmu’ Al Fatawa, 25/114-115.
[13] Majmu’ Al Fatawa, 25/109-110.
[14] Majmu’ Al Fatawa, 25/115-116.
[15] Majmu’ Al Fatawa, 25/117.
[16] Fatawa Al Lajnah Ad Da’imah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyah wal Ifta’no. 388, 10/101-103. Yang menandatangani fatwa ini: Syaikh ‘Abdur Rozaq ‘Afifi selaku wakil ketua; Syaikh Abdullah bin Mani’ dan Syaikh ‘Abdullah bin Ghudayan selaku anggota.


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….






Kebiasaannya 30 syaban digelar hari syak. Knpe? Krn pada masa ini ramai yg keliru dan tertanya-tanya sama ada sudah bermulanya satu ramadhan ataupun belum. Diharap artikel di atas dpt membantu menerangkan kekeliruan ini.
 Sbg contoh, saya telah melihat hilal(ank buln) padahal yg lain belum melihatnya. Maka wajib bagi saya brpuasa secara senyap kerana hanya saya yang telah melihat hilal. Ini dituntut oleh Rasulullah. Pada kebiasaannya kita tak boleh berpuasa pada 29 syaban biasanya orang da bersedia untuk melihat anak bulan. Di Malaysia, proses melihat anak bulan dilakkan diseluruh negeri. Sekiranya hilal dilihat di Terengganu, maka wajib bagi seluruh umat islam di Malaysia berpuasa. Fiman Allah,

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Karena itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut.” (QS. Al Baqarah: 185)


 Sekiranya hilal tidak kelihatan, maka kita akan menggunakan sistem hisab. Yakni dengan mencukupkan 30 hari syaban.

فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ ثَلَاثِينَ
“Jika mendung (sehingga kalian tidak bisa melihat hilal), maka sempurnakanlah bilangan  bulan Sya’ban menjadi 30 hari.” Di sini Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengatakan, “Tanyakanlah pada ahli hisab”. Hikmah kenapa mesti menggenapkan 30 hari adalah supaya tidak ada peselisihihan di tengah-tengah mereka.


 Dan 1 ramadan akan ditentukan oleh pemimpin. Di Malaysia, kte berpuasa pada 21 julai bukanlah kerana pemimpin kita yg nak. Ini kerana, hasil daripada pemerhatian yg dibuat, hilal tidak kelihatan di Malaysia. Lagipun.. Pemimpin kita xde hak nk buat keputusan sorang2. Keputusan ini diputuskan oleh mufti2 kebangsaan yg InsyaAllah masih boleh dipercayai kesahihan dan ilmu mereka. Dan sebagai rakyat seuatu Negara. Kita WAJIB mengikut apa yg diputuskan oleh pemimpin dan mufti sesebuah Negara. Jika kita enggan dan berpuasa mengikut hilal yg dilihat di Negara lain puasa kita bolehlah dikatakan tidak sah. Rasulullah bersabda,

صَوْمُكُمْ يَوْمَ تَصُومُونَ وَفِطْرُكُمْ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَأَضْحَاكُمْ يَوْمَ تُضَحُّونَ
Puasa kalian ditetapkan tatkala mayoritas kalian berpuasa, idul fithri ditetapkan tatkala mayoritas kalian beridul fithri, dan idul adha ditetapkan tatkala mayoritas kalian beridul adha
Imam Ahmad –dalam salah satu pendapatnya- berkata,
يَصُومُ مَعَ الْإِمَامِ وَجَمَاعَةِ الْمُسْلِمِينَ فِي الصَّحْوِ وَالْغَيْمِ
“Berpuasalah bersama pemimpin kalian dan bersama kaum muslimin lainnya (di negeri kalian) baik ketika melihat hilal dalam keadaan cuaca cerah atau mendung.”
Imam Ahmad juga mengatakan,
يَدُ اللَّهِ عَلَى الْجَمَاعَةِ
“Allah akan senantiasa bersama para jama’ah kaum muslimin”.[15]

Ini sedikit ringkasan yg saya fhm drp artikel di atas. Selamat menyambut RAmadhan untuk semua umat Islam. Moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna. ^_^


Wallahualam..