Thursday, 26 July 2012

~~ PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS ~~



“ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dosa adik beradikku, keluargaku, sahabatku, serta muslimin dan muslimat sama ada yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia. Tunjuk dan kekalkanlah kami pada jalan yg lurus. Jln yg mmbawa kami menuju ke syurga-Mu, dan lindungilah kami drp azab api neraka-Mu. Ya Allah, Kau kukuhkanlah benteng2 keimananku agar aku tetap teguh menghadapi saki baki hidup di dunia yg fana ini. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayang-Mu kepadaku. Jgnlah andainya Kau tinggalkan aku terkontang-kanting kelemasan di lautan dunia ini tanpa rahmat dan kasih sayang-Mu. Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kpdku. Berikanlah apa yg Kau rasa terbaik untuk aku, dan berikanlah sebaik-baik kesudahan kepadaku. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yg tahu apa yg terbaik untuk hamba-Mu ini. Kurniakanlah sahabat yg soleh kpdku. Yg boleh bersama-samaku saat susah dan senang, saat jatuh dan bangunku dan yg paling penting yg boleh membawaku dekat pada-Mu. Perkenankanlah doaku ini ya Allah… Ameen.. “

Panjang munajatnya di tikar sembahyang pagi itu. Arissa mahukan yg terbaik untuk dirinya. Dan Arissa yakin mesti Allah akan dengar doa yg dipohonnya.

yela sbb ramai yg ckp Allah suka orang yg bangun tahajjud nieh. Dan aku betul2 ikhlas nieh.” Fikir Arissa.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Usai membaca Quran, jam menunjukkan pukul 5 pagi.  Arissa kembali ke bilik untuk mengambil buku. Dia mahu mengulangkaji pelajaran. Setibanya di bilik, dilihatnya rakan-rakan yang lain masih lagi enak di buai mimpi. Sedikit sebanyak menimbulkan perasaan bangga dlm diri kerana dia berjaya bgn tahajud mlm itu. Arissa tersenyum bangga. Berbanding dengan rakan-rakannya yg lain, dia merasakan dirinya begitu solehah dan mulia sekali.
sedang Arissa sibuk membelek tugasan yg baru diberi oleh pensyarahnya di library, si rumate yg kebetulan sekelas dengannya datang menyapa. Dia datang bersama rakan sekelas mereka yg lain.

Si rumet   :  Assalamualaikum ustazah… hehe. ( si rumate memulakan bicara sementara rakan2 yg lain
                     hanya menghulurkan senyuman.)

Arissa   :  waalaikumsalam… ceit!. Mimpi ape ko panggil aku ustazah nieh?

Si rumet   :  xdela… semlm mse ak tersedar ak nmpk ko xde kt katil. Ko bgn tahajud ye? Huhu. Rajinnya   
                    ko..

Kembang kuncup Arissa apabila mendapat pujian sebegitu daripada rumetnya di hadapan rakan2 yg lain. Xsangke rumetnya prasan apa yg dilakukanny semlm.

Arissa   :  hehe. Thanx. Alaa… kebetulan jek aku terbangun semlm.. drp ak sambung tidur lebih baik aku
                pegi tahajud kejap kn.. besar pahalanya.. korang x tahu kew?

Lewat perbualan mereka,

Arissa   : aku ingat aku nk bangun tahajud lagi la mlm nieh.(dgn muka bangga)
Si rumet dan rakan2   : …………………………………………….


………………………………………………………………………………………………………………………………

Orang yang ikhlas itu bebas
Kerana dia hanya ada
Satu TUHAN untuk disembah.


Betapa sekali sekala melakukan kebaikan terasa diri ini hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, begitulah bisik ego pada diri. Padahal nilai amal yg sebegitu tidak da harganya walau sedebu. Apatah lagi Allah yg pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan akhirnya manusia pun akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’mu.

Umumnya, yang merosakkan ikhlas itu ada 3. Riak, sum’ah dan yg paling teruk ialah ujub.


RIAK
Sifat buruk ni biasanya berlaku SEBELUM kita buat sesuatu amal tu. Sbg contoh, kita bagitau ngan kawan kita "malam ni aku nak pi qiyam kat masjid'. Kita dah announce siap2 dah... tapi riak nie masih boleh dibendung, jika kita ada kawan-kawan yang sentiasa nasihat & tegur kita. Yelah, dalam kalangan sahabat-sahabat kita mesti ada yang menegurkan...

SUM’AH
Sifat buruk ni plak selalunya berlaku SELEPAS kita buat amal tu. Contohnya kita pegi qiyam kat masjid, kita xde bagitau sesapa pun. Simpan untuk diri sendiri nie.. Tetiba, esoknya jumpa plak kawan kita, then dia cakap "eh, semalam aku nampak ko kat masjid la.. rajin la ko bla bla". Masa nie kita dah kembang kuncup dah, maklumlah orang puji. Memang sifat manusia ni suka dipuji, jadi berjaga-jagalah sebab susah skit nak kontrol sifat yang satu ni. So, bila orang puji, kita kena ucap alhamdulillah...

UJUB
Sifat buruk yang ni memang susah nak kontrol / buang. Sebab hat yang 1 ni dia dok diam2 dalam diri kita. Orang xtau pun, tapi kita sendiri rasa bangga ngan amal soleh kita. Dok rasa diri hebat dah bila buat amal sikit. Kita rasa kita lah yang paling hebat. Ini memang susah sebab orang luar xtau apa dalam hati kita. Jadi, rajin-rajin istighfar sebab kita takut sifat buruk ni 'membakar' amalan-amalan kita seperti api membakar sekam!



*** Seperti lalat bila hinggap kat tangan or kt muka kite, cepat2 tepis. Kalau kita biar, makin lama dia bertenggek kat kita then makin banyak la geng dia mai hinggap kat kita. Sama juga dengan sifat2 mazmumah nie, bila terasa salah satu ni timbul/muncul cepat2 tepis - istighfar terus, buang cepat2 jangan sampai bersarang dalam jiwa.

…………………………………………………………………………………………………………

Hakikatnya.. Ikhlas itu sukar untuk dinilai. kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.

saat ikhlas mekar dalam hati,

apabila dipuji atau dikeji, kita rasa sama sahaja.
Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan. Itulah antara tanda ikhlas.
Amalan dan kebajikan yg dilakukan  tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas. 
Mereka itu tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah.

firman Allah :


"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162)



Ya allah, pilihlah aku untuk ikhlas. aku tahu.. Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas. Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini. Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sumah. Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja. Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai? Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu. Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan. Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Oh tidak…. Rsenyr apa yg saye nk sampaikan kali nieh da berbelit-belit. Kalau ada salah dan silap mohon teguran. Huhu. ^_^

Wallahualam…






No comments:

Post a Comment